Wednesday, September 2, 2009

Mari memasak - Kanji Utara

Ini adalah hasil sebenar yg i masak ok.

Hello hello hello~

Sempena bulan puasa ni, i pose2 berangan martha steward sekejap. lama sangat jadi oprah and tyra banks buat talkshow pasal life bagai, kali ni i nak mengaja uols jadi tukang masak segera dirumah memasing.

i tak tau kat kl panggil apa masakan ni...i think the closest match to this dish ialah bubur lambuk. tapi in actual fact kanji ni langsung tak macam bubur lambuk. i tak suka la bubur lambuk. sbb rasa dia caca marba. segala mak nenek pun ada. i pening. bley?

kepada org2 utara maybe tau la kanji ni apa. basically dia adalah bubur nasi bersantan yg mengandungi campuran bahan2 berunsur protien (daging, ayam, etc) dan galian (sayur etc). utk menyediakan nye mudah je. ni adalah makanan paling mudah dimasak utk org malas. tapi sedap. haaaa.... best tak?

ayo..meracau je dah banyak paragraph, resepinye tak mula lagi..mari ke dapur skang!

bahan2 nya

Bahan2 Wajib - kalau takde tak payah brangan masak kanji ni k.
  1. beras (of course, kalau ko taruk gandum harus jadi bubur gandum kan?)
  2. air (sbb nak jadi bubur...kalau tak u makan bertih beras ja)
  3. santan cair
  4. garam
  5. serai
  6. halia segedebuak (aka sebijik mcm tu)
  7. bawang puteh/merah + hirisan halia utk tumisan lite2
  8. halba
Bahan2 Sunat - ini boleh diubah sesuka hati uols. ikut sedap dan bajet memasing la kan
  • Daging - import ka local ke sama ja
  • Ayam - mak hayam tak boleh guna
  • Ikan - anak ikan..hak!
  • udang
  • s.o.t.o.n.g
  • sayuran (carrot, saderi wonderpets bagai)
Cara2 memasak:

Ha.. uols perasan tak i tak taruk sukatan kepada bahan2 ni? sbb apa? i diajar mak i masak tak pakai sukatan uols. semua pakai campak je. sbb kalau pakai sukatan makanan tu kita akan jadi rigid dlm memasak..so next time tak tau macam mana nak improvise ataupun alter masakan kita bila dia menjadi hanjing atau pun laha.

jadi i pun nak menurunkan petua mak i macam tu kat uols semua. jgn takut berexperimentasi dengan masakan. ko ikut bebulat resepi sampai ke tua pun ko ngadap buku utk memasak la jawabnya.

ok..memula macam ni. campak bawang2, halia hirisan dan halba tu utk tumis. dah kuning wangi kan.. u taruk je beras and air. ha....mudah je. main campak je resepi i ni. dah tu u kacau lite2..

then campak pulak halia and serai. kedua2 bendalah ni uols kene la titik dia dulu ataupun hentam dengan belakang kuali ke apa..kasi dia pecah..supaya rasa dia masuk dlm bubur tu.

ha..masa ni la uols semua taruk benda2 sunat tu ye.. kalau ada bahan2 protein yg keras, mcm lembu atau ayam.. campak sesiap..rebus naik je ngan bahan2 wajib tu. kalau benda2 lembek mcm sotong udang sayur bagai..masuk la lambat sket sbb uols taknak bubur yu jadi chowder ye.

bila dah lama sket, nasi tu akan pecah pelan2..bila agak dia kembang and pecah sampai almost jadi melarut sekali dengan air tu.. u campak pulak santan cair. kacau kacau lite2. api sepanjang masa jangan la mcm api neraka kerana nanti berkerak la bubur kau ye. and jgn lupa taruk garam supaya ada rasa masin.

then.... sudah siap~~

utk garnishing, uols boleh campak bawang goreng ke, daun bawang or goreng bawang besar and bawang merah sampai caramelized. then tuang semua sekali (termasuk dengan minyak2 dia) atas periuk tu mcm dlm gambar diatas.

selamat mencuba~~

p/s: kalau xsedap maksudnye uols mmg hazab dlm ilmu masakan. nasihat i pegi la belajar mengait atau bertukang sjork.. la la la


11 comments:

. said...

martha stewart ganas u ols... suh titik@hentak halia n serai pakai kuali.. *takut*

i akan mencuba.. nanti i bgtau outcome dia.. thanks kak may

Cik_PeaCock said...

Yes uolsss..
Mari bersahur dgn kanji
Kenyang ker? *whoops!
hahaha.. Selamat Hari Raye Acai, bley?

konar said...

ni mmg namenye bubur lambuk ok...
i xsempat rase bubur ni sbb dah basi...
tp i percaya rasenye sedap sbb bau die i dpt bau mase kak kimi menikmatinye...

walaupun kaedahnye kak kimi menikmatinya semasa i pose2 berpuase...

*larikkkkkkk...

not available said...

sgt meriah!! nasib baik i sempat merasa sedikit sebelum gi karoke petang itu *matila tak pose*

Ash Shinotsubaki said...

itak: hehehe.. memasak kene penuh emosi uols. u masak u makan sedap... kata makcik dashing.

u dpt tak besday wish i kat facebook tu?

aina: kenyang uols.. masa i masak tu, satu hari i melantak kanji je. kata kaya ngan protien n karbo.
slamat ari raya gak.. awal ko raya kan?

konar: nope. bukan bubur lambuk. bubur lambuk taruk banyak rempah dan benda2 lain. bubur i pakai satu rempah sjork - halba

kimie - kalau u perangat kan lagi best. first time i dengar org makan bubur sejuk. huhuh..takpe la. nanti blh buat lagi.

Cik_PeaCock said...

hahaha siot nko Acai..
aiyoo aku sentapz sgt taw..
dah brape hari dah kite puasa ni kan.. TETAP laa berat turun 1-kg sajork!! Bleyy? huh ader makne ker? Aiyoo puasa demi Allah Taala okayyy~ :D *matila xde kaitan*

datin cik sal said...

ooo itu kah bubur yg mak nampak hari tuh??!! hiks!

Ash Shinotsubaki said...

ciksal: yes! tu la bubur yg u nampak malam tu.

peakok:ko nak turun berat kan? ha..makan kanji uols..bubur ni cepat kenyang sebab banyak air. pastu cepat lapa.. ha.. cepat la u turun berat. uols.. diet saja tak cukup..kene exercise.. u pose diet bola ikan *hai izzu mmg kurus tapi merasa la stretch mark n kulit kendur bagai *hi izzu lagi.. kau nak ke?

Cik_PeaCock said...

wahahaha.. gile babe :P
matila nama izzu kene seru byk kalikan.. *matikermak?

Ok, i will try.. mek gigih exercise tau uols.. hatta bln puasa pun i gigih fast-walking demi nak kurang kan fats.. namun TETAPS slow.. adakah sbb mak dah kertu? Bole jadi juga hahahahah

. said...

i sudah terai... i masak penuh emosi, dan penuh rasa lapar.. so sedap...

i dpt msg u kat fb.. thanks kak may

Ash Shinotsubaki said...

itak: wah~ bagus2. mmg u dilahirkan menjadi surirumah yg baik sbb dpt menerapakan masakan dengan emosi! tahniah uols!

aina: u jgn risau sgt pasal berat. tgk rangka. sesetengah org rangka berat so u exercise byk mana pun tak leh nak turun berat tu unless u kikis tulang la.. yg penting fat percentage u kurang. haaa.